Malaysian-KGers
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AMARAN KERAS : Managed Forex Account

Go down

 AMARAN KERAS : Managed Forex Account Empty AMARAN KERAS : Managed Forex Account

Post by Admin Sun Sep 05, 2010 12:33 am

Managed Forex Account bermaksud menguruskan dana akaun pelabur untuk terlibat ke dalam aktiviti Forex di dalam sesebuah platform Forex. Dana pelabur tidak dikutip oleh penganjur, tetapi ianya dideposit sendiri oleh pelabur ke dalam akaun trading Forex.

Bila kita sebut Managed Forex, tentu ramai yang berebut-rebut dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tantang ini dan kebanyakannya sangat berminat. Ini adalah normal bagi masyarakat Malaysia khususnya golongan orang Melayu yang 'tidak rajin' untuk berniaga dan mencari jalan singkat untuk mendapat 'side income' ataupun 'kaya raya' di sebalik menghadapi keperitan mengharungi kehidupan di dunia serba moden dan taraf hidup semakin meningkat kini.

Disebabkan Managed Forex Account ini secara asasnya melibatkan penglibatan duit, pelabur & forex trader, ia merupakan satu risiko yang amat besar apabila timbulnya pihak yang mengambil kesempatan terhadap perkembangan aktiviti ini di dalam satu kelompok masyarakat. Antara pihak yang timbul yang mula mengambil kesempatan ini semenjak evolusi 'Forex Internet' sejak 4 tahun lepas ialah :-

1) Forex Trader berpengalaman yang sudah merasakan mereka sudah hebat dan pada mereka sudah tiba masanya untuk meraih keuntungan berlipatganda melalui Managed Forex pelabur.

2) Forex Trader newbie (Forex Trader POYO). Kes ini adalah paling popular. Baru belajar forex setahun dua tetapi 'desperate' untuk kaya. Banyak kes telah terjadi dan dilaporkan. Baru-baru ini kami diberitahu bahawa ada pihak 'Supporter' atau 'Introducing Broker' juga dilaporkan menjalankan aktiviti ini. Elakkan dari terjebak dengan pihak 'desperate' yang 'kabur dengan wang' ini.

3) Mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menipu pelabur yang tidak tahu apa-apa tentang forex, tetapi mengambil deposit dengan mengatakan wang tersebut dilabur ke dalam Managed Forex. Aktiviti ini sama sekali salah disisi undang-undang, dan berkaitan dengan skim Labu Peram, atau HYIP.


Untuk pengetahuan, TIDAK ADA SATU PUN PROGRAM MANAGED FOREX ACCOUNT (yang mempromosi secara terbuka) yang berjaya sehingga sekarang di Malaysia. Sekiranya ada, pasti akan timbul masalah seperti kes-kes yang lepas.

Mengapa aktiviti Managed Forex ini berisiko tinggi untuk mencemarkan persekitaran Online Forex Trading di Malaysia?
Apabila tidak ada satu program pun yang berjaya, kesannya pasti sesetengah pihak pelabur sudah tentu tidak berpuas hati. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan penglibatan pihak berkuasa seperti polis, Suruhanjaya Sekuriti & Bank Negara Malaysia. Walaupun pada dasarnya tidak ada lagi undang-undang yang jelas berkaitan Trading Forex Online, dan mungkin kita boleh menggunapakai peraturan sedia ada bahawa trading Forex secara individu tidak salah, tetapi secara logiknya peraturan/akta khas untuk ini lambat-laun PASTI akan dilaksanakan ATAU tidak akan disentuh sekiranya tidak ada masalah yang berkaitan dengan KERUGIAN DUIT PELABUR. Dan apabila timbulnya masalah/isu yang berkaitan dengan Managed Forex ini, proses tersebut secara tidak langsung akan bertambah cepat dan akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada persekitaran Online Forex Trading di Malaysia.

Kami memberi amaran KERAS kepada mana-mana pihak yang cuba mempromosi aktiviti ini untuk melindungi pelabur 'tidak bijak' dan pelabur yang tidak tahu apa-apa berkaitan Forex dan risiko Managed Forex supaya TIDAK SEKALI-KALI MEMPROMOSI AKTIVITI INI DI DALAM KOMUNITI KAMI.

Sekali lagi, ingin ditegaskan di sini, sekiranya kami mengesan promosi seperti ini, topik tersebut akan dipadam.

Malaysian KGers Community sebagai satu medium perbincangan Teknik Analisa ala KG ingin juga menasihatkan kepada mana-mana penganjur yang mempromosi Managed Forex Account supaya berhenti melakukan aktiviti ini demi menjaga persekitaran Online Forex Trading di Malaysia yang semakin berkembang. Sekiranya anda merasakan anda hebat, ambillah risiko meminjam di bank sebalik alternatif mendapatkan pelabur individu. Pinjaman sendiri, nama sendiri, untung sendiri tanggung, rugi pun sendiri tanggung.

Harap Maklum.
Admin
Admin
Admin
Admin

Posts : 12
Join date : 2010-09-03

http://www.malaysian-kgers.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum